BUKIT MERTAJAM: Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di sini, sejak awal pagi, kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah terutama Beras Putih Malaysia Madani pada Jualan Termurah Madani hari ini.
Kebanyakan mereka juga menyifatkan inisiatif Jualan Termurah Madani banyak memberi manfaat kepada rakyat bagi meringankan beban dalam menangani isu kos sara hidup.
Program berkenaan memfokuskan kepada penawaran produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit yang dijual pada harga murah.
Pekerja kilang Mohd Syukran Rahmad, 50, berkata dia datang seawal 7.30 pagi untuk mendapatkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.
"Saya datang dengan isteri dan kami dapat beli dua kampit beras, dapatlah bertahan selama sebulan dan kami turut beli beberapa barang keperluan lain seperti gula, tepung gandum, minyak paket, ayam dan ikan pada harga murah berbanding pasaran.
"Saya dan isteri selalunya memang akan pergi beli barang keperluan di Jualan Madani atau Jualan Rahmah yang dianjurkan di sini kerana kami dapat berjimat. Sekurang-kurangnya dapat jimat sehingga RM100 sebulan... itu dah cukup baik untuk keluarga saya," kata bapa kepada tiga anak itu kepada Bernama hari ini.
Suri rumah Nurul Atikah Mohd Fauzi, 35, pula berkata dia dapat berjimat sehingga 30 peratus dengan membeli-belah di Jualan Termurah Madani hari ini dan tumpuannya adalah beras serta barangan kering untuk kegunaan harian di rumah.
Dia yang tinggal di Permatang Pauh dan mempunyai tiga anak berkata selain murah, barang-barang ditawarkan juga berkualiti malah ada yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
"Macam harga ayam mungkin di pasar sekilo RM9 lebih tapi di sini (Jualan Termurah Madani) sekilo baru RM7.50 malah di sini juga terdapat pelbagai pilihan ikan dijual dengan harga murah berbanding jualan (ikan) di Jualan Madaniatau Jualan Rahmah biasa.
"Sebenarnya, bila ada peluang jualan murah seperti ini sedikit sebanyak sangat melegakan kami golongan berpendapatan rendah ini. Puas hati dapat beli barangan keperluan hari ini termasuk barangan basah," katanya yang memaklumkan suaminya bekerja kilang di Batu kawan.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan tinjauan sempena program berkenaan.
Beliau menghabiskan masa kira-kira 45 minit menyantuni peniaga dan pengguna yang mengunjungi jualan tersebut.
Anwar turut melancarkan jualan Beras Putih Malaysia Madani pada majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Kebangsaan mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Pada Rabu, Syed Abu Hussin Hafiz memaklumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kg sekampit berkuat kuasa 19 Feb ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) memeriksa harga jualan barangan basah pada Program Jualan Termurah Madani di Lembah Makanan, Bandar Perda hari ini. - Foto Bernama
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani
Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di Bukit Mertajam sempena Jualan Termurah Madani.